Wednesday, 22 July 2015

SALAM AIDIL FITRI 1436H

Dikesempatan ini MS ingin mengucapkan...

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR dan BATIN...

Kepada kedua ibubapa tersayang, adik beradik MS, saudara mara MS, rakan taulan yang mengenali MS andainya terkasar bahasa, tertarik muka, terlanjur kata, perbuatan harap dimaafkan...

Semoga lebaran kali ini kita kosong-kosong apa yang ada...hehee

Seperti biasa raya di kampong MS nun di utara sana...terasa nyaman skali melihat kehijauan yang memukau...ewah2...mcm le tpt lain tak hijau kan...heheee....


Padi menghijau di Hari Raya

Abaikan awek yg tengah posing tu...

Kepada rakan-rakan yang mula bertugas selamat menjalankan tugas...

Walaupun mood raya masih ada, tanggungjawab yang diamanahkan perlu ditunaikan...

Rayakan sebulan...selamat menikmati open house...
 
Semoga tahun depan kita bertemu lagi...Salam Lebaran 1436H


Friday, 10 July 2015

Oven Khind

Selamat Berpuasa kepada rakan-rakan Muslim...Alhamdulillah kita dipanjangkan umur untuk bertemu di bulan Ramadhan 2015 pada tahun ini.
 
Bila tiba bulan Ramadhan ni masing-masing sibuk menyiapkan tempahan menjahit, biskut raya dan sebagainya. Bagaimana dgn persiapan semua menyambut Syawal tahun ni? MS macam biasa membuat tempahan kuihraya yg tak seberapa ni...sedang asyik menguli2 biskut oven pulak buat hal..MS capai lah Oven baru..KHIND OT 2501, 25L..sesuai dengan muatan ringan mcm MS ni...harganya pun berpatutan :)
 
Sape3 yang sudi dialu-alukan untuk berkongsi resepi anda dengan MS...hehee


Sangat Okey, sape3 yang rasa oven dah nak gelong tu boleh le cuba yang ini...
Biskut Tart Bunga
250g butter
1/2 cawan gula ising
3 cawan tepung gandum
1/4 tepung jagung
jem nenas

Biskut Chocolate Chip
250g butter
1/2 cawan gula ising
1/4 serbuk koko (van hautten)
Taburan cokelat chip dan cokelat cair


Biskut Ledang
250g butter
3/4 cawan gula ising
Taburan cokelat cair dan badan cincang dadu
 

Biskut Badam
250g butter
3/4 cawan gula ising
Taburan cokelat cair dan badan cincang dadu
 
Biskut Oat
250g butter
6 cawan oat
3/4 cawan gula ising
Taburan susu di luar
Terasa enjoy buat biskut dengan oven baru...nanti dpt resepi baru MS kongsi lagi yew...
Kepada yang ingin mencuba tu selamat mencuba..
 
Selamat Menjalani Ibadah Puasa...semoga Ramadhan dan ibadah kita kali ini lebih bermakna dan diterima olehNya..Aminn

Thursday, 14 May 2015

Izzkin Hair & Beauty SPA Bangi

Assalamualaikan...hai semuaa...
 
Dikesempatan ini MS nk ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua pendidik2 yang telah mengajar kita dari zaman tadika sehingga IPTA...dan tak lupa jg kepada pendidik2 yang sdg mendidik anak2 bangsa..hehe #mcmwishkatdirisendirikjer
 
Dua minggu lepas MS sempat mengunjungi IZZKIN HAIR & BEAUTY SPA di Teras Jenang, Bangi...MS memang keletihan sgt dgn tugas2 harian (pendidik la kononnye) so MS pun try google SPA area Bangi..MS rasa terpanggil nk ke IZZKIN ni...


Senang sangat nk cari dan dekat dgn Tol Bangi..so kpd yg baru nk try senang je nk cari ye..sekali pusing dh ketemu...





 
 
 

 
Dekorasi SPA cantik...dialunkan dengan ayat-ayat suci Al-Quran dan diselangi dengan irama instrumental...sangat tenang dan selesa. Layanan sangat mesra dari staf IZZKIN..MS diolah oleh owner IZZKIN sendiri iaitu Kin...ramah dan lembut orangnya..
 
Harga IZZKIN berbaloi, harga mampu bayar...hehee...MS pilih facial n body scrub(susu+coffie)...habis Kin menyental badan ni...hehee...bila mandi terasa lembut jer kulit..best sgt...Kin..tunggu kunjungan MS seterusnya yer...hehee
 
Sebelum ni kalau MS pegi mna2 facial mesti dorang scrub muka MS (muka MS ni  agak sensetip, berjerawat ler katakan)..TAPI bila di IZZKIN, muka MS tidak disental dengan scrub..sbb nnti lagi naik jerawat mukaku wini...DAN...Alhamdullah selepas facial di situ muka MS tidak naik jerawat pun...huhuuu...
 
Kepada yang tercari2 SPA tu MS rekemen kn IZZKIN...pasti anda tidak rugi...layanan yang mesra, harga berpatutan dan lokasi yg strategic...hehee..jom!
 
 
 

Wednesday, 29 April 2015

Sri Jernih Harumanis

Eh eh eh...Musim Harumanis #HM muncul lagiiiiiiii...!!
 
Seperti yang kita sedia maklum...Harumanis sangat femes di Perlis...musimnya setahun sekali..dalam bulan April sehingga Jun..masing2 xlepaskan peluang nk merasai keharuman dan kemanisan buah ni...
 
Kat Perlis ada satu tempat tanaman buah HM ni...lokasinya di Peranginan Sungai Jernih...jalan nk ke Padang Besar..Nampak je signboard Taman Rekreasi Sungai Jernih tu masuk jer...
 
 
 
 
 

 
 
 
Ni lah view di dalam kebun HM...berlatar belakangkan bukit Jernih..nice!
 
 
 

 
Eh buah dah siap dipunggut...tunggu masa utk diagihkan je...oppss dah ade tuan ke ni?????...Haa HM ni ada grednya...kalau A tu yang besar lah, B yang sedang dan C buah yang kecil..
 
 
 
 
Haa...ni lah buah yang siap diasingkan mengikut tuan n bpe kilo yang diorder...agihan ni di area Shah Alam n Bangi...Kalau gred B tu sekilo 3 biji yee..
 
 


 
Siap utk dihidangkan...tersangatlah MANIS!!
HM lagi sedap kalau dimakan dengan pulut n santan...mcm pulut durian..memey mengancam!
So sape2 yang nk ke Perlis tu bleh la singgah di sini sambil mandi2 di Sungai Jernih...heheee
 
Jangan lepaskan peluang merasai kenikmatan HM...

Saturday, 14 March 2015

Format Penulisan Rujukan
PENULISAN RUJUKAN FORMAT APA


4.1  Kaedah Penulisan Rujukan

Penggunaan kaedah APA (American Psychological Association) dalam penulisan dan rujukan. Senarai rujukan hendaklah dimulakan pada halaman yang baru dengan perkataan RUJUKAN ditaip 30 mm dari birai atas dan di tengah-tengah antara jidar kiri dengan jidar kanan. Bahagian ini hendaklah mengandungi senarai bahan yang dirujuk di dalam teks. Bahan yang tidak dirujuk di dalam teks tidak perlu disenaraikan. Penyenaraian bahan adalah mengikut Sistem Pengarang-Tahun. Kesemua bahan rujukan hendaklah disusun mengikut abjad.

Susunan karya Inggeris dalam senarai rujukan yang judulnya diawali dengan perkataan “The” hendaklah dibuat mengikut susunan abjad perkataan yang menyusulinya.

Rujukan yang digunakan dalam penulisan disertasi terbahagi kepada:
·         Rujukan dalam teks
·         Senarai rujukan yang ditulis pada bahagian akhir disertasi

4.2       Senarai Rujukan

Bila menyebut judul bagi bahan-bahan yang diterbitkan (dicetak untuk pengedaran) judul buku dan nama jurnal hendaklah ditulis dengan huruf condong.

4.2.1        Penulisan Nama Pengarang

Nama pengarang hendaklah ditulis dengan lengkap seperti yang tercetak pada halaman judul sesebuah karya atau pada halaman maklumat hak cipta yang mengandungi Data Mengkatalog-dalam-Penerbitan [Cataloging-in-Publication-Data (CIP)], tanpa pangkat atau gelaran.

4.2.2        Nama Pengarang Barat

Nama pengarang barat atau pengarang yang menggunakan nama keluarga, hendaklah diringkaskan kepada nama keluarga sahaja.

Contoh:
Gerald M. Cohen ditulis sebagai Cohen, G. M
K. Sarvananthan ditulis sebagai Sarvananthan, K.
Ong Sue Lee ditulis sebagai Lee, O. S.
Osman ibn Ahmad al-Tabrani ditulis sebagai al-Tabrani, Osman ibn Ahmad dan disenaraikan di bawah abjad T (nama Arab)

4.2.3    Nama Pengarang Melayu, Cina dan India (Malaysia)

Nama pengarang yang lengkap dan disingkatkan hendaklah dikekalkan.

Contoh
Idarmawati Ahmad ditulis sebagai Idarmawati Ahmad
Hazirah bt. Abdul Hamid ditulis sebagai Hazirah bt, Abdul Hamid
Muhammad Eirfan Mirza b. Masa ditulis sebagai Muhammad Eirfan Mirza b. Masa

Nama Keluarga

Contoh
Ann Casey  ditulis sebagai  Casey, A.
Bridget Lee ditulis sebagai Lee, B.
Lim Chee Kah ditulis sebagai  Kah, L. C.

4.2.3        Penulisan Judul Karya

Penulisan bahan rujukan hendaklah menggunakan HURUF BESAR  pada huruf pertama judul karya tersebut dan kata nama khas. Huruf lainnya hendaklah ditulis dalam huruf kecil, kecuali perkataan itu merupakan singkatan yang menggunakan huruf besar.

Contoh
Casey, K., 1995. The New Narrative Research in Educatian………….
Idarmawati Ahmad, 2000. Etnobotani dan Penyaringan Fitokimia…………….

4.2.4        Cara Menulis Rujukan Buku

Berikan maklumat selengkap mungkin seperti berikut:

  • Nama pengarang (atau pengarang-pengarang) diikuti dengan koma.
  • Tahun penerbitan diikuti dengan noktah.
  • Judul buku (ditulis condong) diikuti dengan noktah.
  • Penyunting, penyusun, penterjemah (jika ada) diikuti dengan noktah.
  • Nama siri buku dan jidil atau bilangan dalam siri (jika ada) diikuti dengan noktah. Edisi selain daripada edisi pertama diikuti dengan noktah.
  • Penerbitan diikuti dengan koma.
  • Tempat terbit diikuti dengan noktah atau koma (untuk penerbit yang mempunyai lebih daripada satu tempat, gunakan tempat yang pertama). Contohnay: “New York Heidelberg Berlin” ditulis “New York” sahaja.
  • Baris ke-2 dan seterusnya hendaklah ditulis dengan ensotan 12.5 mm atau sekali ketukan tab.      

Contoh:
Kapsuchell, C. E. dan Hyland, M. C., 1993.  Enviromental Science: Living Within the System of Nature, Ed. Ke-3. john Wiley & Son, London.
 
      
4.2.5        Karya yang Dikenali Menurut Judul

Contoh
Kamus Dewan, 1995. Ed. Baru. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

The Encyclopedia of Malaysia, 1998. Valume 1: The Environment. Sham Sani (ed.).
            Edition Didier Millet, Singapore.

Singkatan dalam penulisan rujukan
Edisi baru (Ed. =edisi; ed. = edition) dan cetak ulang (revised)


4.2.6        Makalah dalam Jurnal

Berikan maklumat selengkap mungkin seperti berikut:

  • Nama pengarang (atau pengarang-pengarang) diikuti dengan koma.
  • Tahun penerbitan diikuti dengan noktah.
  • Judul makalah diikuti dengan noktah.
  • Nama jurnal (tulisan condong) diikuti dengan nombor jilid (Bold) dan nombor keluaran (dalam kurungan, jika ada) diikuti dengan koma.
  • Halaman seluruh makalah diikuti dengan noktah.

Peringatan
Semua nama pengarang hendaklah ditulis dengan lengkap dalam senarai rujukan. Hanya bila menyisip rujukan dalam teks dibenarkan menggunakan nama singkatan. Jika terdapat lebih dari tiga pengarang, kita gunakan singkatan “et al.” iaitu et alia yang bermakna “dan lain-lain”.
Contoh:
Cara penulisan dalam senarai rujukan: Cerey, Martha,  L. K., Abdullah Jabbar dan Nayly Syazwany  binti Masa, 1997 …………………………………………..
Cara penulisan dalam teks: Cerey, et al., 1997

Penulisan tajuk dalam jurnal, akbar dan majalah tidak dicondongkan, hanya nama jurnal, akbar dan majalah yang dicondongkan.
Contoh:
Mohd. Jelani Salleh,   2000.   Mengkudu: khazanah   untuk insan    sejagat.    Wawasan
            Pertanian 1 (12), 30-33.

4.2.7        Makalah dalam Akbar

Contoh:
Bernama, 2006. Harga minyak naik, harga kereta turun?  Berita Harian, 25 Mac, 15.

Sanudin Hj. Tahir, 2001. Tanah runtuk di Teluk Sepanggar.   The   New  Sabah Times, 7.
            Januari, 9.
4.2.8        Makalah dalam Majalah

Jaret, P., 2002. Diet or Exercise? Reader’s Digest. October, 61-64.

Lee, P. C., 2004.  The  Empire   Strikes  Back!.  Today’s    Science    and   Technology,
            September/December, 1-2.


4.2.9        Internet

Rujukan melalui internet tidak digalakkan. Jika membuat rujukan pastikan bahawa laman web itu adalah laman kerajaan, agensi kerajaan atau institusi yang diiktiraf.

Contoh
Enviromental  Conservation  Department,  2000. Handbook   of   Environmental  Impact Assessment (EIA) in Sabah, Malaysia. Http://www.sabah.gov.my/jkas/centre/default.html.


4.2.10    Disertasi atau Latihan Ilmiah

Contoh:

Idarmawati Ahmad, 2003. Etnobotani dan Penyaringan Fitokimia Tumbuhan Ubatan Tiga Suku Kaum di Sabah. Disertasi Sarjana Sains (Biokimia). Universti Malaysia Sabah (tidak diterbitkan)

Saturday, 7 February 2015

ohhh Nasi Kerabu...

Hai semuaa...semoga uolls sihat yer..sekejap jer dah masuk Feb 2015.

uolls minat tak dengan nasi kerabu...omputih ckp rice to Wednesday...hahaa...

MS minat laa jgk mungkin sbb ada darah Kelantan kowt...ye kee...ke sebab suka mkn...ekeke..

Sejak MS berada di sini, terpaut dengan Nasi Kerabu di pasar malam..asik ulang beli jer hari Selasa n Sabtu...lepas tu akak nasi kerabu tak jual...agak frust dan berfikir 'lps ni aku nk mkn ns kerabu dmana yaa' #mcm gaya farah quin...sebabnye NK kakak Ina ni sedap..hohoo...kwn2 yg lain pun ckp camtu..

Hampir 2 bulan jgk ler xmkn NK..akhirnya misi pencarian bermula dan ternampak banner yg selalu akak Ina gantung time dia berniaga di pasar...Nampak jer tepi jalan MS terus berhenti..akhirnyaaa....


Ini banner nyaa..


 
 
 
Masa di pasar malam ada lauk ikan, daging dan ayam...tapi bila jual di kedai dah tak de lauk ikan n daging...hehee
 
 
 
 
Hahh mkn pulak dengan kelapa goncang...lg ler ummhhhh....
 
so kalau ada yang nk try dengan NK kak Ina boleh ler singgah kedainya Jalan Sialang...rasa sekali musti nak lg...


Monday, 5 January 2015

Mee Rebus Demuara

Halluuu...
 
Hari ni Miss Sakura nk berkongsi skit psal Mee Rebus ni...bg yg ade tip macamane nk ummhh...kan mee rebus ni silakan lahh..MS saje2 try buat mee ni..menjadi ler jgk...walaupun baru 1st time..cara nya mudah jer..kpd yg 'rajin2' masak tu bley lah try ni yer..MS beli kat Kedai Kerepek dekat Sungai Mati, Muo..



Macam2 perencah ade..pilih je nak yg mn

Okey..MS masukkn daging n udang dalam kuah mee rebus ni...udg dalam 8 ekor..pastu daging dalam segenggam tgn..agak2 jer..bila dah mendidih air daging n udg baru MS masukkan perencah..haaahhhh jgn lupe mee nye..2 bungkus dah cukup.


hahh...dah mendidih tuuue

Sambil mnunggu kuah siap MS rebus telur, sayur2, potong cili2 dan bhn2 yang lain tue...haa dahhh abis..kejap je kannn...sejam pun dah bley siap..perencah Demuara ni pun sedap..terasa mcm mee rebus dikedai..ekekke..

Tadaa......dah siap...moh kite mkn

ok dah siap..so xde alasan ler kan xnak masak..bley makan dalam 6 or 7 org..chaww chin chawww..selamat mencoba yaww




Sunday, 4 January 2015

Ape makna 212 tue...

Haiiiiyyyy....
 
Hari nie Miss Sakura nak citer sikit pasal no 212 yg blkg nama MS tu...mungkin ade yg tertanya2..mungkin tak kann...xde ape cuma yg tu date befday MS jer...21 Feb?? bukan lahhh...2 Dec..baru jer lps...sbb tu mna2 pun suka letak 212...sampai kan org tertanya2..ehh 212 tu ape ekk..
 
Al kisahnye MS nk no plat kete 212...tp syg nye 212 dah dikebas dek org lain..so MS pun amik laa no ****....xpe kita tunggu keta sterusnyaa..haha mcm ler keta tu bley tuko2 mcm baju kannn...
 
Macam ler kes cabutan bertuahkan..klo kita dpt no yg kita suka tp no tu xbertuah pun sma gak kan..so klo dpt tu secara kebetulan je larr..hehee
 
MS percaya setiap org mesti ada no yg korunk minatkan..kononnya ong ler kan..mcm adik MS dia suka no 3..bg dia no tu bertuah ler kan..keje tingkat 3 lah..umh tingkat 13 lah..mcm2 laei..apa2 pinky nasihat kt adk MS tu jgn la sampai pecaya telampau dgn no tu...juz suke3 bole la kan..xsalahh...


 

Asal ade no 212 je MS suke snap...ekeke
 

Yang ni segmen motivasi kebetulan pasal no bertuah..







Saturday, 3 January 2015

Salam 2015 dan Maulidur Rasul...

Hai..Assalamu'alaikum semua..

Selamat datang kepada semua...dialu-alukan ye mengintai2 blog Miss Sakura niey...rasanya belum terlambat utk Miss Sakura ucapkan Happy New Year 2015..semoga segala azam tahun baru 2015 ini menjadi kenyataan...ehem2..ape azam korung pada tahun niey? semoga segala impian menjadi kenyataan la yer..azam Miss Sakura ape erk? haaahh...agak gentar jgk klo azam Miss Sakura tak menjadi kenyataan.

Lagi satu Salam Maulidur Rasul kepada kwn2 beragama Islam yer...Semoga kecintaan kita kepada Nabi junjungan terus mendalam dan tersemat di hati..